Friday, July 9, 2010

Lawatan PROSTAR Sekolah : Sek. Men. Agama Darussaadah

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli Kelab PROSTAR Sek. Men. Agama Darussaadah, Kepala Batas, Alor Setar, Kedah kerana sudi membuat kunjungan ke Kelab PROSTAR Barat Daya tempoh hari (09/07/2010).... Semoga pertemuan sesingkat itu dapat mengikat tali silaturrahim sesama kita dan mempelajari sesuatu yang baru dlm usaha merancang aktiviti kelab masing2...









Taklimat xtvt disampaikan oleh Amier Othsman (Timb. Pengerusi Kelab)



Ucapan oleh Tn. Hj. Ahmad Mukhtar B. Abdullah (Pen. Kanan Kurikulum & Guru Penasihat) SM Agama Darussaadah.
Penyampaian cenderahati disampaikan oleh Tn Hj. Saidi Md Noor (Pengerusi Kelab)
turut serta menyampaikan ceramah oleh En Rahimi Shariff (Timb. YDP Kelab Prostar Negeri Pulau Pinang)
jamuan pulut durian sedia menanti....
sila... sila.... jangan segan2....



Friday, July 2, 2010

OUTREACH & HIKING TAMAN NEGARA PULAU PINANG


Satu program yang dinamakan sebagai Outreach & Hiking akan dilaksanakan oleh kelab ini bertempat di Taman Negara Pulau Pinang. Oleh itu, pihak kami mempelawa sesiapa sahaja yang tinggal di daerah Barat Daya untuk turut sama menyertai aktiviti ini dalam usaha membudayakan cara hidup sihat.

Melalui pendekatan Outreach, penyebaran maklumat berkaitan HIV/AIDS dan pencegahannya kepada orang ramai terutamanya golongan remaja yg berkunjung ke Taman Negara Pulau Pinang akan dilaksanakan. Disamping itu juga, program ini turut mengalu-alukan kehadiran ahli2 kelab yg baru untuk sama2 menyertai Kelab Prostar Barat Daya. Aktiviti merentas hutan dan mendaki bukit dikalangan ahli kelab adalah antara usaha dalam membentuk persefahaman dan persaudaraan dikalangan ahli disamping melahirkan individu yg. berkeyakinan dan berani serta kekal sihat dan cergas.


BUTIRAN PROGRAM :

Tarikh XTVT : 07hb OGOS 2010 (Sabtu)

Masa XTVT : 7.45pg -- 1.00ptg.

Masa Berkumpul :
07.00pg (Pejabat Kesihatan Barat Daya)
07.30pg (Kaunter Taman Negara Pulau Pinang, Teluk Bahang)

Jarak Laluan : 3.7km (Teluk Bahang -- Sungai Tukun -- Pantai Kerachut)

Yuran Penyertaan : RM 15.00 (untuk T-shirt) tidak termasuk yuran keahlian baru.

Syarat Penyertaan : Berumur 18 tahun ke atas & perlu menjadi ahli
Kelab Prostar terlebih dahulu.

Yuran Keahlian : RM15.00 (ahli biasa) @ RM50.00 (ahli seumur hidup)

Kemudahan Pengangkutan :
*** Bas disediakan dari PKBD, Air Putih, Balik Pulau.
*** Bot dari Pantai Kerachut ke Teluk Bahang disediakan bagi peserta yg tak berdaya shj.

Tarikh Tutup Penyertaan : 15hb Julai 2010 (Khamis)

**** Sijil Penyertaan akan diberikan.
**** Makan/Minum Pagi dan Tengahari turut disediakan...
**** Peserta diminta membawa beg galas (kecil) & sebarang keperluan lain unt. kegunaan sendiri.





BORANG PENYERTAAN


BORANG KEAHLIAN (18 tahun ke atas)


Urusetia untuk dihubungi :
1) Amier B. Othsman (019-4102357)
2) Shakirah Bt. Shahabudin (019-4377474)
3) Ihsan B. Hashim (012-5808023)