Tuesday, March 30, 2010

Konvensyen PROSTAR Peringkat Kebangsaan Ke-10

Tarikh : 26 - 28 March 2010
Tempat : Bukit Merah Lake Town, Perak.

Syabas diucapkan kepada penganjuran Konvensyen PROSTAR kali ini dimana Kelab PROSTAR Negeri Perak telah memikul tanggungjawab yang besar dan bermakna. Sesungguhnya Kelab PROSTAR Malaysia yang ada kini mampu membawa Kelab PROSTAR Negeri dan Daerah yang lain mengorak langkah mengaktifkan kelab masing2 dengan adanya pendedahan pada konvensyen kali ini. Pelbagai aktiviti melalui pameran dan pembentangan kertas kerja dari kelab2 yang ada telah diketengahkan untuk menjadi contoh dan panduan dikalangan perwakilan yang hadir pada hari tersebut.

Apapun bagi kami dari Kelab PROSTAR Daerah Barat Daya tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan yang dipilih oleh pihak Kelab PROSTAR Negeri. 'PROSTAR SHOOTER' adalah projek inovasi pendidikan bagi golongan remaja yang kami perkenalkan untuk pertandingan kali ini. Alhamdulillah.. keberkesanan dan permainan yang menghiburkan para pengunjung telah menawan hati para juri untuk memilih projek inovasi ini sebagai yang terbaik. Apa pun layan aje gambar yang sempat dirakamkan sepanjang konvensyen...


antara peralatan 'PROSTAR SHOOTER'....

permainan sedang diuji oleh empunya milik...

bergambar kenangan bersama tuan presiden Kelab PROSTAR Malaysia


bawa2 bertenang.... adaaa aku kisah...


pertandingan pantun turut menguji kebolehan ahli kelab PROSTAR..

gerai2 pameran dari negeri masing-masing...




penerangan permainan sedang diberikan kepada para juri




Dr. Ismail Lasa sedang memeriksa keselamatan senjata berkenaan...

apa lagi, selamatttt... boleh tembakkkk....


mama yang berumur pun nak cuba jugak kehebatan senapang ni...


pertembungan angkatan sezaman...



rakan kita dari Sarawak pun ngidam jugak nak mencuba... mana perginye kuda..

tarian sewang dari orang asli...





ketibaan YB Datuk Rosnah Shirlin (Timb. Menteri Kesihatan)




upacara menandatangani plat logo Kelab PROSTAR Malaysia yang baru..


Anugerah Projek Inovasi Terbaik telah diterima oleh Tn. Hj. Saidi B. Md. Noor (Presiden Kelab PROSTAR Daerah Barat Daya)

Wednesday, March 10, 2010

Lawatan PROSTAR Sekolah : SMK Sultan Abdul Aziz (AZIZIAN)

Tanggal 06 March 2010 (Sabtu) jam 11.30 pagi, Kelab Prostar Sekolah SMK Sultan Abdul Aziz (Azizian), Teluk Intan, Perak telah mengadakan lawatan sambil belajar dikalangan ahlinya ke negeri Pulau Pinang. Bagi memenuhi sessi lawatan tersebut maka satu kunjungan ke Kelab Prostar Negeri Pulau Pinang telah pun dirancang. Oleh yang demikian, Kelab Prostar Daerah Barat Daya telah menjadi lokasi singgahan dan pembentangan aktiviti kelab Prostar di negeri Pulau Pinang telah diadakan.
Seramai 37 orang pelajar dan 8 orang guru pengiring telah terlibat dalam lawatan kelab Prostar berkenaan. Semoga kunjungan tersebut dapat memberi manafaat bagi kedua-dua pihak disamping mengeratkan perhubungan dikalangan kelab-kelab Prostar yang ada.


ketibaan pelajar-pelajar Kelab Prostar Sekolah AZIZIAN


diantara guru pengiring yang turut serta...

Taklimat disampaikan oleh Timb. Yang Dipertua Kelab Prostar Negeri Pulau Pinang, En. Rahimi B. Shariff


penyampaian cenderahati kepada wakil kelab..




sessi bergambar bersama ahli Kelab Prostar Negeri Pulau Pinang dan Daerah Barat Daya