Sunday, April 25, 2010

PERMAINAN INTERAKTIF (Karnival Kesihatan 2010)

Tarikh : 24 April 2010 (Sabtu)
Masa Tugasan : 07.00pg. – 6.45ptg.

Kelab PROSTAR Barat Daya telah diberi peluang pada kali ini untuk bersama-sama menyertai Karnival Kesihatan sempena Hari Kesihatan Sedunia 2010 peringkat Negeri Pulau Pinang. Bertempat di perkarangan Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Selatan, program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam telah mengamit kehadiran pengunjung yang ramai. Penyertaan Kelab Prostar Barat Daya buat pertama kalinya bagi tahun ini telah mendapat liputan yang meluas tentang Permainan Interaktifnya termasuk melalui Radio RTM Pulau Pinang (Mutiara FM).

Apa pun terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur yang menjemput kelab kami dan yang paling penting syabas diucapkan kepada semua ahli Kelab Prostar Barat Daya seramai 30 orang yang telah bertungkus lumus dari awal pagi hingga ke lewat petang melaksanakan tugas Permainan Interaktif. Keletihan yang dirasai akan berbaloi dan puas setelah apa yang dirancangkan berjalan dengan lancar dan menarik ramai pengunjung bagi menyampaikan info kesihatan dalam suasana yang menghiburkan.
Sebanyak 5 permainan interaktif telah dipertandingkan pada kali ini termasuk permainan Prostar Shooter yang telah memenangi Projek Inovasi Bahan Pendidikan Untuk Remaja sempena Konvesyen Prostar Peringkat Kebangsaan di Bukit Merah Lake Town baru-baru ini.


Petugas telah bersedia untuk memulakan acara dengan diceriakan lagi oleh pengulas permainan pada hari ini..Abg Murad









situasi sudah mulai sibuk dengan kehadiran para pengunjung





si cilik pun ingin turut beraksi...













































turut menguji kebolehan... Dr. Rafidah (Peg. Kesihatan Daerah - PKD Seberang Perai Selatan)



Majlis perasmian sedang berlangsung...

Pementasan Sketsa dari Kelab Doktor Muda daerah Barat Daya (SK Sg. Korok, Balik Pulau) yg. telah memenangi pertandingan Persembahan Terbaik di Konvensyen Doktor Muda peringkat Negeri Pulau Pinang.


Konti Radio RTM Pulau Pinang turut serta dgn. penglibatan artis2 mendendangkan lagu secara live....












OK... dah kenyang... ayuh kita pulang ke pulau kita...