Wednesday, March 10, 2010

Lawatan PROSTAR Sekolah : SMK Sultan Abdul Aziz (AZIZIAN)

Tanggal 06 March 2010 (Sabtu) jam 11.30 pagi, Kelab Prostar Sekolah SMK Sultan Abdul Aziz (Azizian), Teluk Intan, Perak telah mengadakan lawatan sambil belajar dikalangan ahlinya ke negeri Pulau Pinang. Bagi memenuhi sessi lawatan tersebut maka satu kunjungan ke Kelab Prostar Negeri Pulau Pinang telah pun dirancang. Oleh yang demikian, Kelab Prostar Daerah Barat Daya telah menjadi lokasi singgahan dan pembentangan aktiviti kelab Prostar di negeri Pulau Pinang telah diadakan.
Seramai 37 orang pelajar dan 8 orang guru pengiring telah terlibat dalam lawatan kelab Prostar berkenaan. Semoga kunjungan tersebut dapat memberi manafaat bagi kedua-dua pihak disamping mengeratkan perhubungan dikalangan kelab-kelab Prostar yang ada.


ketibaan pelajar-pelajar Kelab Prostar Sekolah AZIZIAN


diantara guru pengiring yang turut serta...

Taklimat disampaikan oleh Timb. Yang Dipertua Kelab Prostar Negeri Pulau Pinang, En. Rahimi B. Shariff


penyampaian cenderahati kepada wakil kelab..




sessi bergambar bersama ahli Kelab Prostar Negeri Pulau Pinang dan Daerah Barat Daya